9 Aug 2019

KITA INI PENDOSA

Kita ini setiap hari berdosa,
Tiada yang maksum meski pun agamawan yang mulia,
Yang maksum itu hanya para nabi dan rasulNya,
Insan lain yang dijamin penghuni syurga itu pula hanya sepuluh
Kita ini pula bakal menghuni neraka,
Mungkin seketika, mungkin juga berlarutan lama,
Semuanya tergantung banyaknya amal dan juga dosa.

Beruntungnya penghuni syurga, 
Bukan kerana banyaknya amal atau dosa,
Tetapi dek redhanya Allah pada kita,
Kerana meski kita beramal seluruh nyawa,
Andai habis air selautan kerana wudhuk dan solat
Tidak kan mampu menebus,
Walau nikmat sebiji mata yang dipinjamkaNya.

Pengajarannya adalah,
Pandanglah manusia dan ciptaanNya dengan rahmah,
Bukan amarah, sengketa apa lagi nista,
Kerana mungkin manusia melihat tinggi martabat kita,
Tetapi Allah memandang dengan pandangan yang hina.

Seorang pelacur yang hina di mata manusia,
Bisa sahaja melangkah ke syurga 
Dek menghilangkan dahaga haiwan melata,
Janganlah pula kita ke neraka,
Dek memandang hina insan lain,
Yang juga pendosa seperti kita.

Naji Mahat
9 Ogos 2019, 2.30 petang
Johor Bahru 







No comments:

Post a Comment