18 Dec 2019

LEMBARAN BAHARU

Kicau mergastua itu mengasyikan, Lagu alam bersahutan, Meraikan hari baharu, Yang tiba bersama harapan, Agar hari yang berlalu, Pergi bersamanya kelam, lantas menerbitkan pucuk dan dedaunan segar, Tempat sang mergastua berteduh, Juga meneruskan kelangsungan hidup. Hari yang berlalu, biarkanlah, Kekusutan yang membelenggu, leraikanlah Nista yang terpalit, bersihkanlah, Tangis dan sesal, jangan diikutkan, Usah diendah parut berbekas, Kerana itu hanya akan melelahkan, Tinggalkan lah semua itu! Insan tidak bisa merubah silamnya, Khilaf dan alpanya akan kekal, Dalam lipatan nota Sang Perkasa, Namun sedarlah wahai diri, Hari baharu yang diberikan padamu, Adalah suatu peluang, Bagi menebus khilafmu, Jangan dipersiakan ia, Kerana ia mungkin satu-satunya, Lembaran hari yang tersisa. Jiwa ini sedar yang khilaf dan alpanya melata, Tiada apa yang mampu dilakukannya, Sekadar bersujud dan menangis, Di lembaran sejadah usang itu, Memohon ampun dan redhaNya. Naji Mahat 18 Disember 2019, 3.42 pagi Johor Bahru

No comments:

Post a Comment