Sekujur tubuh itu berdiri,
merenung perginya sang mentari di ufuk barat,
bersamanya desiran ombak Laut India,
diselangi hembusan bayu yang menyamankan,
dia menghela nafas kelesuan.
Disebalik kelesuan yang memagut jerih tubuhnya,
dia bersyukur dan senang sekali,
kerana kembaranya ke kepulauan ini berhasil,
menumbuhkan cerna ilmu dan citra yang baik,
memanafaatkan mereka di sini,
sekurang-kurangnya itu yang dia percaya, insyaAllah.
Hari ini dia kembali meneruskan langkahnya,
meninggalkan mereka, barangkali buat seketika,
kembali ke tempat asalnya,
dan dalam melangkah dia sempat menoleh ke 'syurga' itu,
hembusan bayu dan keindahan bumi itu akan dirinduinya,
sesungguhnya Allah itu indah, begitu jua ciptaanNya,
tubuh itu bersyukur dan terus melangkah.
Naji A. Mahat
3.08 pagi
Paradise Island, Maldives
No comments:
Post a Comment