Lembaran hidup terselak dengan perginya hari dan waktu,
Meninggalkan manusia dalam rindu, syahdu dan kadangkala buntu,
Merisik hari-hari mendatang dengan gunungan impian dan harapan,
Namun hari-hari yang mendatang itu tidaklah menjanjikan suatu kepastian.
Setiap yang terzahir adalah kernaNya,
Bukanlah dengan sekelumit usaha manusiawi,
Tetapi oleh redha dan maghrifahNya,
Justeru jangan ada yang mendabik bangga,
Kerana kita insan yang kerdil,
Dan tidak punya sebarang daya,
Tanpa kurnia dan ihsan Sang Pencipta.
Naji Mahat
1 Januari 2014, 7.32 malam
No comments:
Post a Comment