28 Dec 2011

Anugerah dan ujian...

Acapkali manusia mengeluh,
bila dirinya ditimpa musibah,
namun, mereka segera sedar, 
bahawa itu hanya seloka dan dugaan daripada Sang Pencipta
menduga sekuat mana iman, 
yang masih berbekas dan tersisa,
justeru manusia kembali mengingatiNya.


Kala diri manusia itu disirami emas dan permata,
lambakan kasih sayang juga perhatian,
diselimuti pengaruh dan kuasa.
Manusia sering bersangkakan,
yang Sang Pencipta lebih sayang 
dan kasih akan diri mereka,
lantaran itu bingkas mendabik diri 
dan menongkat langit.


Mereka lupa...
bahawa ujian Sang Pencipta 
datang dalam banyak cara,
kesedihan dan kesusahan itu memang ujian  besar...
namun kekayaan, pengaruh dan kuasa
merupakan ujian yang lebih besar tetapi maya.


Aku risau andai diriku lupa...
yang kesenangan dan nikmat ini juga ujian daripadaNya...
yang andainya alpa akhirnya akan menjerat tenggorokku sendiri...


Wahai Sang Pencipta,
aku tahu dosaku menggunung,
khilafku selautan luasnya...
doaku padaMu, 
janganlah Kau uji diriku,
dengan ujian yang tidak terdaya untuk aku memikulnya,
runtunlah jiwa kesalku untuk bersyukur akan anugerahMu,
dan janganlah Kau biar aku hanyut sendiri,
sesat daripada kiblatMu...amin.


Naji Mahat
28 Disember 2011, 6.12 pm.

No comments:

Post a Comment