21 Dec 2011

Alhamdulillah...aku bersyukur


 Aku bersyukur sangat kerana sepanjang minggu ini aku dilimpahi dengan pelbagai rahmat dan kegembiraan.  Bermula dengan kejayaan pelajar sarjanaku mempertahankan tajuk penyelidikannya semasa pembentangan cadangan penyelidikan, lantikan ke jawatan yang baru, tunggakan gaji selama 10 bulan dan yang terakhir matriks gaji baru SBPA yang bermula 1 Januari 2012 akan datang.  Aku memanjatkan syukur kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Insyaallah dalam bulan Februari nanti akan ada satu lagi rezeki Allah yang akan menyinari hidupku.  Aku berdoa agar aku tidak leka dengan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan padaku, amin.

1 comment: