16 Nov 2019

KITA YANG BERNAMA MANUSIA

Kita yang bernama manusia,
Tidak kira gelarannya ulama,
Mahu pun bangsawan atau pendita,
Hatta pengemis hina,
Merupakan pendosa!

Terlihatkan suci di mata manusia,
Bukan kerana dirinya mulia,
Bukan juga darjat tinggi berhasta,
Tetapi kerana aibnya,
Yang ditutupi Sang Perkasa,
Semuanya bisa roboh sekelip mata.

Ada yang kelihatan hina,
Tapi hakikatnya dipuja,
Oleh penghuni di atas sana,
Namanya menggegarkan alam semesta.

Apa yang nyata?
Kita semua pendosa.
Tuhan dengan Rahman dan RahimNya,
Lebih peduli pada taubatnya kita,
Bukan banyaknya pahala,
Masuknya kita ke syurga,
Bukanlah dek pahala,
Tetapi kerana redhaNya,
Pahala kita yang dirasakan melata,
Tidak bisa menebus hatta sebiji mata!
Justeru, bangunlah dari lena dan alpa.

Naji Mahat
Johor Bahru
14 Nov 2019, 4.21 pagi

No comments:

Post a Comment