9 Nov 2018

Pengembala yang dilupa..

Mata sang pengembala memerhati sosok-sosok itu,
Terpancar riak kegembiraan di wajah-wajah mereka,
Kejayaan yang dikecapi selepas jerih payah dan air mata,
Sememangnya cukup manis.

Sosok-sosok itu ke sana dan ke mari,
Cuba mengutip dan menyoroti detik-detik lalu,
Yang kekal malar dalam sanubari mereka,
Ditemani rakan dan keluarga dalam mengabadikan setiap satunya,
Indah sekali.

Mata Sang Pengembala terus memerhati,
Walaupun tiada sapaan untuknya,
Dan kehadirannya ini cuma persis angin lalu,
Dia gembira untuk mereka,
Biarlah sekali pun ia dilupakan...

Naji Mahat
9 Nov 2018, 10.05 pm, Johor Bahru


No comments:

Post a Comment