14 Oct 2011

Kalau semua huruf bernada sumbang...

Kalau semua huruf bernada sumbang,
ku bongkar dalam laci lantas kubuat kata jadi buta,
maka pengsanlah kebenaran,
tergantung-gantung yang akhirnya menjelma jadi burung helang.

Mahu ke mana kita?
Jambatan telah pun siap dibangun,
cermin-cermin hari esok,
meski pun cerminku sendiri masih kabur.

Aku bingung melihat wajahku sendiri!
Melihatkan masa yang tidak setia menanti.

Minum air telegaku,
sisa nenek moyang kita,
nenek moyang Pak Kartowilogo.

Kalau semua huruf bernada sumbang,
kubongkar dalam laci lantas kubuat kata jadi buta.
Oh mahu kemana kita dengan si buta?
(Luahan kecewa dengan situasi politik Malaysia dewasa ini).

2 comments:

  1. Burung helang kan sejenis burung yang gagah dan pemangsa yang pada hemat saya sepadan dengan profile penyangak-penyangak yang mengubah kebenaran kepada pendustaan....

    ReplyDelete