Kicau mergastua itu mengasyikan,
Lagu alam bersahutan,
Meraikan hari baharu,
Yang tiba bersama harapan,
Agar hari yang berlalu,
Pergi bersamanya kelam,
lantas menerbitkan pucuk dan dedaunan segar,
Tempat sang mergastua berteduh,
Juga meneruskan kelangsungan hidup.
Hari yang berlalu, biarkanlah,
Kekusutan yang membelenggu, leraikanlah
Nista yang terpalit, bersihkanlah,
Tangis dan sesal, jangan diikutkan,
Usah diendah parut berbekas,
Kerana itu hanya akan melelahkan,
Tinggalkan lah semua itu!
Insan tidak bisa merubah silamnya,
Khilaf dan alpanya akan kekal,
Dalam lipatan nota Sang Perkasa,
Namun sedarlah wahai diri,
Hari baharu yang diberikan padamu,
Adalah suatu peluang,
Bagi menebus khilafmu,
Jangan dipersiakan ia,
Kerana ia mungkin satu-satunya,
Lembaran hari yang tersisa.
Jiwa ini sedar yang khilaf dan alpanya melata,
Tiada apa yang mampu dilakukannya,
Sekadar bersujud dan menangis,
Di lembaran sejadah usang itu,
Memohon ampun dan redhaNya.
Naji Mahat
18 Disember 2019, 3.42 pagi
Johor Bahru
WHEN THE WIND BLOWS...
18 Dec 2019
25 Nov 2019
WANITA ITU...
Dahulunya tangan halus wanita itu ditagih mereka,
Mendamaikan pada kala mereka dihalau dan diherdik Sang Ayah,
Pada kala mereka diketepikan,
Tangan wanita itu yang menyabarkan,
Dan menenangkan amarah sang ayah,
Sehinggakan di penghujung hayat Sang Ayah,
Mereka semua aman bersamanya,
Lupakah mereka?
Tangan wanita itu juga yang berkeringat di dapur,
Sehadirnya mereka sekali dua melawat Sang Ayah,
Wanita itu menyambut kehadiran mereka dengan ramah,
Diperlakukan seperti anaknya sendiri
Dan sepanjang lebih 40 musim,
Pelbagai pahit-maung yang dirasainya,
Melayan kerenah Sang Ayah yang kadangkala sukar,
Demi tanggungjawabnya.
Hari ini sesudah masing-masing dewasa dan berusia,
Diri wanita itu dihina!
Keabsahannya dipertikai!
Haknya dinafikan!
Kini wanita itu telah pergi menemui penciptanya,
Perjuangannya belum terhenti,
Biarlah aku meneruskan apa yang berbekas,
Akan kuusaha sedayaku,
Agar maruahnya dikembalikan,
Dan haknya diberikan,
Aku tidak akan berhenti,
Meski pun jalannya amat berduri.
Naji Mahat
25 November 2019, 9.20 PM
Johor Bahru.

16 Nov 2019
KITA YANG BERNAMA MANUSIA
Kita yang bernama manusia,
Tidak kira gelarannya ulama,
Mahu pun bangsawan atau pendita,
Hatta pengemis hina,
Merupakan pendosa!
Terlihatkan suci di mata manusia,
Bukan kerana dirinya mulia,
Bukan juga darjat tinggi berhasta,
Tetapi kerana aibnya,
Yang ditutupi Sang Perkasa,
Semuanya bisa roboh sekelip mata.
Ada yang kelihatan hina,
Tapi hakikatnya dipuja,
Oleh penghuni di atas sana,
Namanya menggegarkan alam semesta.
Apa yang nyata?
Kita semua pendosa.
Tuhan dengan Rahman dan RahimNya,
Lebih peduli pada taubatnya kita,
Bukan banyaknya pahala,
Masuknya kita ke syurga,
Bukanlah dek pahala,
Tetapi kerana redhaNya,
Pahala kita yang dirasakan melata,
Tidak bisa menebus hatta sebiji mata!
Justeru, bangunlah dari lena dan alpa.
Naji Mahat
Johor Bahru
14 Nov 2019, 4.21 pagi
Tidak kira gelarannya ulama,
Mahu pun bangsawan atau pendita,
Hatta pengemis hina,
Merupakan pendosa!
Terlihatkan suci di mata manusia,
Bukan kerana dirinya mulia,
Bukan juga darjat tinggi berhasta,
Tetapi kerana aibnya,
Yang ditutupi Sang Perkasa,
Semuanya bisa roboh sekelip mata.
Ada yang kelihatan hina,
Tapi hakikatnya dipuja,
Oleh penghuni di atas sana,
Namanya menggegarkan alam semesta.
Apa yang nyata?
Kita semua pendosa.
Tuhan dengan Rahman dan RahimNya,
Lebih peduli pada taubatnya kita,
Bukan banyaknya pahala,
Masuknya kita ke syurga,
Bukanlah dek pahala,
Tetapi kerana redhaNya,
Pahala kita yang dirasakan melata,
Tidak bisa menebus hatta sebiji mata!
Justeru, bangunlah dari lena dan alpa.
Naji Mahat
Johor Bahru
14 Nov 2019, 4.21 pagi
12 Oct 2019
BARAKAHKU YANG GUGUR
Sekitar 7.02 petang tanggal 8 Oktober 2019,
Pada detik itu gugurlah barakah terbesarku,
Perginya dia meninggalkan alam dunia,
Ke persinggahan berikutnya,
Dalam kembara yang maha panjang,
Untuk menemui Sang Khaliq.
Pastinya pemergian pantas itu mengkagetkan,
Tambahan pula nota-notanya,
Beberapa hari lepas umpama memberitahu,
Yang masanya bersamaku akan segera berakhir,
Tapi tidak disangkakan sebegitu pantas.
Benar pemergiannya membungkamkan,
Namun pemergiannya dalam rahmah,
Perginya mengakhiri penderitaan,
Perginya menutup rapat pintu kesusahan,
Perginya memudahkan dan mendamaikan
Tidak ada apa yg bisa kulakukan,
Hanya sekadar meredha dan mendoakan,
Juga mengabadikan khidmat terakhirku,
Di saat jasadnya memasuki liang lahad itu.
Mak, ajib doakan semoga Allah menerima amalmu,
Mengampunkan dosamu dan menempatkanmu,
Dalam kalangan umat Muhammad yang dikasihiNya.
Ameen ya rabbal alamin.
Naji Mahat
Johor Bahru
11.23 pagi, 12 Oktober 2019

23 Sept 2019
LAUT LEPAS YANG TERBENTANG
Pesisir pantai itu dangkal,
Indah namun tidak mendasar,
Dihiasi rimbunan pepohon rhu,
Bertatahkan pepasir yang mulus,
Namun acapkali tercemar oleh tangan-tangan pendosa,
Yang menodai keperawanan ciptaan Ilahi.
Di hadapan itu adalah lautan lepas,
Luas dan mengasyikkan,
Permukaannya biru menghijau,
Dasarnya pula kelam,
Menyimpan sejuta macam rahsia,
Wadah bagi hidupannya menari,
Juga membekalkan rezeki yang tidak terperi.
Insan itu berdiri di gigian samudera,
Merenung hadirnya sang purnama penuh,
Menyinari riak-riak air itu,
Dalam dia amat menyedari,
Ilmu insaninya itu dangkal,
Ibarat tinggalan titisan air di jarinya.
Tidak terbanding dengan luas dan dalamnya lautan lepas itu.
Wahai diri yang bernama insan,
Sedarilah yang kita amat daif dan fakir,
Sekadar meminjam setitis panduan daripada Al-Hakim
Selain mengharapkan maghfiratNya,
Buanglah ujub dan riakmu,
Kerana dirimu tiada apa.
Naji Mahat
23 September 2019, 12.55 pagi

9 Aug 2019
KITA INI PENDOSA
Kita ini setiap hari berdosa,
Tiada yang maksum meski pun agamawan yang mulia,
Yang maksum itu hanya para nabi dan rasulNya,
Insan lain yang dijamin penghuni syurga itu pula hanya sepuluh
Kita ini pula bakal menghuni neraka,
Mungkin seketika, mungkin juga berlarutan lama,
Semuanya tergantung banyaknya amal dan juga dosa.
Beruntungnya penghuni syurga,
Bukan kerana banyaknya amal atau dosa,
Tetapi dek redhanya Allah pada kita,
Kerana meski kita beramal seluruh nyawa,
Andai habis air selautan kerana wudhuk dan solat
Tidak kan mampu menebus,
Walau nikmat sebiji mata yang dipinjamkaNya.
Pengajarannya adalah,
Pandanglah manusia dan ciptaanNya dengan rahmah,
Bukan amarah, sengketa apa lagi nista,
Kerana mungkin manusia melihat tinggi martabat kita,
Tetapi Allah memandang dengan pandangan yang hina.
Seorang pelacur yang hina di mata manusia,
Bisa sahaja melangkah ke syurga
Dek menghilangkan dahaga haiwan melata,
Janganlah pula kita ke neraka,
Dek memandang hina insan lain,
Yang juga pendosa seperti kita.
Naji Mahat
9 Ogos 2019, 2.30 petang

7 Jul 2019
Tunggul berkulat itu
Tunggul itu dahulunya pohon yang rimbun,
Pada dahannya tempat sang merpati dan mergastua lain beradu,
Mendepani kedinginan malam yang panjang.
Kerimbunan itu luntur,
Lantaran tanahnya yang tidak dibajai,
Hasilannya berkurang,
Hilang peri-pentingnya,
Hilang bersama sang akar.
Yang kian longgar.
Hari ini pohon itu tiada lagi,
Yang tinggal hanya tunggul berkulat,
Yang tidak berguna,
Letaknya di antara pepohon muda yang merimbun,
Yang muda itu kini dipuja dan disayangi,
Begitulah lumrah alam,
Umpama dapatnya rotan akar tidak berguna lagi.
Redhalah.
Naji Mahat
21 Jun 2019
7.03 malam

12 Nov 2018
KITA INI BUKAN SIAPA-SIAPA PUN
Sesungguhnya kita ini melata dan tiada yang istimewa,
Sekadar sanggar buat tumpeng berteduh,
Buat anak-anak itu bermain,
Menimba ilmu juga pengalaman barang satu-dua.
Di bahu kita ini bebannya banyak,
Mencorak jatidiri juga memperkasa nusa,
Supaya bangsa kita ini jaya,
Namun tidak ramai yang mengerti
Dengan setiap sesuatu yang kita usahakan,
Juga pacat dan lintah yang terpaksa kita harungi,
Serta bara api dan dingi salju yang menggigit.
Apa yang masyarakat mahu,
Adalah terbinanya citra indah bangsa,
Semestinya itu yang kita usahakan,
Namun kita juga manusia yang bias lelah dan keliru,
Wahai Yang Maha Kuasa berdayakah kami?
Naji Mahat
12 Nov 2018, 2.29 PM, Johor Bahru

9 Nov 2018
Pengembala yang dilupa..
Mata sang pengembala memerhati sosok-sosok itu,
Terpancar riak kegembiraan di wajah-wajah mereka,
Kejayaan yang dikecapi selepas jerih payah dan air mata,
Sememangnya cukup manis.
Sosok-sosok itu ke sana dan ke mari,
Cuba mengutip dan menyoroti detik-detik lalu,
Yang kekal malar dalam sanubari mereka,
Ditemani rakan dan keluarga dalam mengabadikan setiap satunya,
Indah sekali.
Mata Sang Pengembala terus memerhati,
Walaupun tiada sapaan untuknya,
Dan kehadirannya ini cuma persis angin lalu,
Dia gembira untuk mereka,
Biarlah sekali pun ia dilupakan...
Naji Mahat
9 Nov 2018, 10.05 pm, Johor Bahru

31 Oct 2018
JALAN ITU BUKAN HANYA SATU...
Perjalanan manusia di dunia ini bukan sekadar satu hala,
Meski pun kesemuanya menuju penghujung yang satu,
Ada kelompok yang mahu kesegeraan,
Lantas memilih laluan yang paling singkat dan enteng,
Ada pula yang gemar dengan cabaran,
Kerana percaya onak dan liku itu mematangkan jiwa,
Lantas memilih gunung dan belukar sebagai taman permainan,
Ada juga yang masih keliru arah tuju,
Lantas sekadar berjalan tanpa haluan dan menari-nari dengan riak ombak.
Kita ini kelompok yang bagaimana?
Aku khuatir kita ini kelompok yang keliru.
Naji Mahat
31 Oktober 2018, 11.38 malam

Subscribe to:
Posts (Atom)